I'm Waiting You
Holla!



Welcome Here....

Bonjour Guys!. You was stuck in my blog.
Do follow and do comment my entry ya.
No Haters, Copycats and Anon here.


Our Relationship




Story About Lover Ours


Big Claps


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
Happy Holiday in Keyyyel
Sunday, December 16, 2012 | Sunday, December 16, 2012 | 0 BlackWhite

Okay harini tewasa nak update blog pasal haritu holiday pergi KeyyeLL lahh . Hehehe okay 7hb aku dah gerak KL w/ yun faiq ikhwan nana eyla fyt apang and sufie. K memang seronokkk gilaa lah pergi sana. K act perancangan ktorang ni nak balik hari ahad. Tapi disebabkan ada perlawanan blackshot kat KL so terpaksa balik hari isnin. Hahaa k ekceli excited jugak sebab first time ni pergi KL dengan kawan kawan and bf sendiri tanpa bimbingan keluarga lagi. Wahahaa jauh tu! K pada awalnya aku tak target pun ibu ni bagi aku ikot yun pergi KL tanpa dia ikot. Haha entahlah mimpi apa tah dia kasi aku keluar pergi jauh jauh dengan yun. Maybe die dah percaya yun.

Okay sampai sana dah malam. So diorang pun busy cari hotel untuk ktorang stay. Dah sampai apa semua masing masing dah penat so semua tidur. Semua tidur? Hahah yang tidur cuma yun jeh. sebab time tu die selsema baru lepas makan ubat. Yang lain sebok dok main poker online lah apa lah. Hahahaha sampai pukul 6 pun ada yang still tkboleh tidur. Kelakar gilaaaa! K besuknya diorang cakap yang ktorang tak jadi pergi sunway hari sabtu sebab diorang ada perlawanan blackshot kat sana so taknak rushing. Habis takkan nak duduk daam hotel je kan hari sabtu tu. Bosanlah kan? Hehehe

So diorang pun ajak lah pergi Pavi , Times square , KLCC apa semua. Seriously best gila lagi lagi kat pavi. Pergh ktorang pulak keluar hari sabtu hari budak budak pavi amik kedatangan kat sana. Macam macam ragam orang aku tengok. Wahahahaha kat pavi diorang berkumpul kat KFC kat cs kumpul kat McD hahah memang kene lah tu. Ktorang jalan jalan sampai malam. Pergh pakai kaki je tau. Balik je semua sakit sakit kaki. Wahahaa dengan hujannya kat sana.

Hari ahad pulak ktorang pergi Sunwayy! Seriously aku jakun masa mula mula sampai tu. Pergh besarr gila satu hari pergi tak cukup tau tak. Bayangkan lah satu hari aku pergi dapat main 2 3 park jeh kat sana. Tak cukup sebab dia besar gila. Mmg best lah kat sana. Ingat sampai sana nak amik gambar jakgi batt low. Menyesal bawak camera!! K dah masuk tu ktorang terus sewa locker utk simpan brg. Dah simpan semua tu diorang ajak naik pirate ship aku ingat aku ni tak lepas. sebb die kena ikot ketinggian. Lastly.. Alhamdulilah lepas! Wuhooooo! Aku ingat pirate ship kat sunway tu biasa biasa je jakgi aku naik pergh sampai menangis pegang tangan yun kuat kuat dari awal start sampai habis asyik suara aku je jerit. Seram woi! Yang yun asyik cakap "Awak tengok muka saya jangan tengok bawak. Awak percaya saya" Lol aku dah tak fikir aap dah. Takut gila aku jatuh masa tuh. Memang serik naik benda tu!

Lepas je turun dari benda tu aku terus peluk yun and lap airmata. Huwaaaaaaa takutttt much :( . After naik pirate ship tu ktorang terus naik roller coaster. K best gilaaaa! Laju nak mampus nak tercabut nyawa aku! Hahahaa tapi yang tak best nya beratur kemain setengah jam mainnya tak sampai satu minit pun. Sekejap gilaa! Lepas je dah main 2 benda tu aku terus pergi tempat mandi. Hahaha best gila lah. Besar dok tempat mandi dia. After dah puas mandi ktorang masuk rumah hantu. K part rumah hantu ni memang macam macam kenangan ktorang tercipta kat situ. SERIOUSLY :')

Dah ready nak masuk scream park tu aku takut jugak lah tapi takpelah try lah masuk bukan selalu dapat masuk scream park ni. Hehehe tga beratur tu ada sorang akak terangkan kalau dah masuk jangan sentuh apa apa jalan je sampai jumpa jalan keluar. Dah masuk jeh semua gelap. K memang menakutkan! Aku benci masuk situ! Dalah paling depan sekali aku dengan yun semua tolak suruh masuk cepat. Bayangkan lah baru je masuk dah jerit mcm dah separuh jalan tapi satu hantu pun belum jumpa. Jakgi dah bunyi macam macam semua orang lari kedepan dengan pijak selipar aku sampai tertinggal hm cian aku :((

Seriosuly aku cakap hantu hantu kat situ banyak gila ada zon zombi lah zon 3D lah macam macam zon ada dok! Sampai aku menangis menangis sebab penat menjerit sesak nafas apa semua. Memang panjang gila nak jumpa jalan keluar. 15 minit tu macam satu jam dok! K dah nak keluar ni semua hantu last sekali keluar dengan bawak apa tah untuk sembur ktorang jakgi masing masing lari sampai aku terjatuh and kepala pun terhentak kat batu. Terus pengsan and yun dukung aku bawak masuk bilik doctor. Haa mengelabah hantu yg last sekali tu. Tau takut tgok aku pengsan. Wahahahahaa

Kepala aku dah terhentak apa semua. Semua dah risau. And semua dah takde mood nak main lagi kat sunway tu. Aku pun keluar dari bilik doctor tu terus diam. Tk cakap apa apa pun. Bila yun tanya aku just angguk geleng jeh. Syukur alhamdulilah takde darah beku apa semua cuma bengkak jeh.Tapi effect dia kadang kadang datang. Pergh sakit gila kepala aku serious! Takpelah benda dah jadi. Yun kata faiq yang tarik aku sampai terjatuh sokay masing masing tga takut so aku tak salah kan sapa sapa. Lepas kepala aku terhentak yun suruh aku tukar baju and balik. K sebelum balik ktorang jalan jalan kat sunway piramid. Kat situlah baru aku start cakap dengan yun gurau gurau ketawa ketawa. Ada ke patut dia kata aku kelakar jatuh tadi? Siot an.......

Kelakar kelakar pun dia jugak nak menangis masa aku pengsan dia jugak takut risau. Hhahaa bukan apa dia risau kalau apa apa jadi kat aku ibu salahkan dia. Hahaha dia dalah takut dengan ibu. Dah puas gelak gelak cerita pasal kat scream park tu ktorang pun balik lah. Rehat , makan apa semua tidur and besuknya balik JB. Hehe memang seronok gila 4hari kat sana. Paling banyak kenangan kat scream park lah. Serious! dengan jatuh nya satu hal , dengan pijak kaki hantu nya satu hal , dengan ngesot kat dinding satu hal , dengan mintak ampun dengan zombi nya satu hal , dengan keluar baju terkoyak koyak satu hal. Hahahaha kelakar lah kat sana. Memang seronok. InsyaAllah one day ktorang pergi holiday lagi. K sampai sini jeh penat ni taip panjang panjang. And sorry ktorang takde gambar kat sunway yang ada pun kat pavi je. Tengok lah kat bawah tu. K enjoy ya! Byeeeee :)

                                     









Older Post | Newer Post